Wednesday 29 February 2012

PELAKSANAAN PROJEK 1BESTARINET

Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah daerah Hilir Perak
Tuan,
Pihak YTL telah pun memulakan pemasangan 1Bestarinet disekolah-sekolah. Sehubungan dengan itu sila MUAT TURUN, BACA dan FAHAMI surat hebahan, garis panduan dan surat kelulusan dipautan dibawah.
Berikut adalah Surat Hebahan dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Garis Panduan Pelaksanaan Projek 1BestariNet .
Pastikan apa yang terkandung dalam garis panduan terutama peralatan yang diterima  dan capaian internet. Menandatangani SAP tanpa memeriksa alatan tersebut akan menimbulkan masalah kepada sekolah dikemudian hari.
Sekian, harap maklum.

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT GURU MELALUI e-OPERASI

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK.
Berhubung perkara di atas, semua guru di bawah seliaan tuan-tuan diwajibkan membuat daftar masuk di portal e-OPERASI dan seterusnya menyemak serta mengemaskini maklumat peribadi masing-masing.  Maklumat perkhidmatan dan ikhtisas boleh dikemaskini melalui Penolong Kanan.  Sila muat turun Surat Siaran mengenai perkara ini di laman web e-OPERASI.
1.  Kemaskini maklumat guru di laman web http://www.moe.gov.my/eoperasi sepanjang bulan Mac 2012.
2.  Permohonan pertukaran di laman web http://www.moe.gov.my/epgo sepanjang bulan April bagi pertukaran sesi 1 Jun 2012.
Akauntabiliti Pengetua / Guru Besar / Pentadbir sekolah sebagai Pengesah sangat diharapkan bagi memastikan setiap maklumat yang diberikan oleh guru adalah betul dan tepat.
Pengesah juga dipohon mengesahkan setiap maklumat guru dengan kadar segera supaya tindakan seterusnya oleh PPD/JPN/Bahagian dapat dilaksanakan.
Kerjasama tuan-tuan dalam menguruskan Sistem Maklumat Operasi Pendidikan(e-Operasi) adalah sangat diharapkan dan dihargai supaya pelaksanaan e-Operasi berjalan dengan lancar.
Harap maklum, terima kasih.

Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pelajaran Perak.

Tuesday 28 February 2012

BAHAN TAKLIMAT BTBT190

Semua Guru-guru SPBT di negeri Perak,

Sila muat turun bahan-bahan taklimat berkenaan:
3. Senarai sekolah-sekolah mengikut Daerah:


Andainya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Ruziah bt. Ab. Majid (Penyelia SPBT) di talian 05-5015141.

BAHAN BARU MESYUARAT TAKLIMAT PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kepada:
Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Daerah Hilir Perak.
Bahan Mesyuarat Baru
Kepada semua GBK Sepenuh Masa boleh muat turun semua bahan baru semasa Mesyuarat dan Taklimat Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling Daerah pada 23 Februari 2012 (Khamis) yang lalu di portal ppd.  Sebarang masalah hubungi En. Kamal di talian 012-673 1814. Sekian terima kasih.

Sila muat turun bahan DI SINI

MAKLUMAT PERGERAKAN GURU DAERAH HILIR PERAK

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Hilir Perak.
  
Tuan,
 
MAKLUMAT PERGERAKAN GURU DAERAH HILIR PERAK
  
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
  
2.         Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak sedang mengumpul maklumat pergerakan guru bagi bulan Januari dan Februari 2012. Maklumat ini akan dipanjangkan ke Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Perak.
 
3.         Sehubungan dengan itu, tuan diminta melengkapkan maklumat pergerakan semua guru (termasuk Pengetua / Guru Besar) ke dalam borang di LAMPIRAN 1 dan LAMPIRAN 2 yang disertakan bersama surat ini. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan ke Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak pada atau sebelum 5 MAC 2012. Sebarang pertanyaan perkara di atas boleh diajukan kepada pegawai berikut:
Sekolah menengah :Hj. Mohd Sahid bin Alias di talian 0195761125  
Sekolah rendah       :EN. Abdul Rahman bin Shaari di talian 0134487564
 
Kerjasama dan keperihatinan tuan terhadap perkara ini sangat dihargai.
  
Sekian, terima kasih.

Sila muat turun borang DI SINI.

BLOG ALTERNATIF

Ini merupakan blog sementara / alternatif jika blog rasmi PPD Hilir Perak mengalami masalah bandwith.