Wednesday 29 February 2012

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT GURU MELALUI e-OPERASI

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK.
Berhubung perkara di atas, semua guru di bawah seliaan tuan-tuan diwajibkan membuat daftar masuk di portal e-OPERASI dan seterusnya menyemak serta mengemaskini maklumat peribadi masing-masing.  Maklumat perkhidmatan dan ikhtisas boleh dikemaskini melalui Penolong Kanan.  Sila muat turun Surat Siaran mengenai perkara ini di laman web e-OPERASI.
1.  Kemaskini maklumat guru di laman web http://www.moe.gov.my/eoperasi sepanjang bulan Mac 2012.
2.  Permohonan pertukaran di laman web http://www.moe.gov.my/epgo sepanjang bulan April bagi pertukaran sesi 1 Jun 2012.
Akauntabiliti Pengetua / Guru Besar / Pentadbir sekolah sebagai Pengesah sangat diharapkan bagi memastikan setiap maklumat yang diberikan oleh guru adalah betul dan tepat.
Pengesah juga dipohon mengesahkan setiap maklumat guru dengan kadar segera supaya tindakan seterusnya oleh PPD/JPN/Bahagian dapat dilaksanakan.
Kerjasama tuan-tuan dalam menguruskan Sistem Maklumat Operasi Pendidikan(e-Operasi) adalah sangat diharapkan dan dihargai supaya pelaksanaan e-Operasi berjalan dengan lancar.
Harap maklum, terima kasih.

Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pelajaran Perak.

No comments:

Post a Comment