Tuesday 28 February 2012

MAKLUMAT PERGERAKAN GURU DAERAH HILIR PERAK

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Hilir Perak.
  
Tuan,
 
MAKLUMAT PERGERAKAN GURU DAERAH HILIR PERAK
  
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
  
2.         Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak sedang mengumpul maklumat pergerakan guru bagi bulan Januari dan Februari 2012. Maklumat ini akan dipanjangkan ke Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Perak.
 
3.         Sehubungan dengan itu, tuan diminta melengkapkan maklumat pergerakan semua guru (termasuk Pengetua / Guru Besar) ke dalam borang di LAMPIRAN 1 dan LAMPIRAN 2 yang disertakan bersama surat ini. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan ke Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak pada atau sebelum 5 MAC 2012. Sebarang pertanyaan perkara di atas boleh diajukan kepada pegawai berikut:
Sekolah menengah :Hj. Mohd Sahid bin Alias di talian 0195761125  
Sekolah rendah       :EN. Abdul Rahman bin Shaari di talian 0134487564
 
Kerjasama dan keperihatinan tuan terhadap perkara ini sangat dihargai.
  
Sekian, terima kasih.

Sila muat turun borang DI SINI.

No comments:

Post a Comment