Tuesday 3 April 2012

OPMEN KUTIPAN APRIL 2012

Kepada semua Guru Data Sekolah Menengah Harian

Sila muat turun data Januari sekolah tuan yang telah diperbetulkan dan lakukan proses impot seperti panduan yang telah dikepilkan.
Kemaskini untuk data 31 MAC 2012 bagi enrolmen murid, guru dan subjek sahaja jika berkaitan. Mohon jangan usik bahagian ABM sekolah. Hantar semula kepada unit ICT, PPD Hilir Perak melalui email ictppdhilir@gmail.com pada atau sebelum 10 APRIL 2012.
Data sekolah tuan boleh dimuat turun DI SINI
Sebarang masalah sila hubungi Encik Mohmad Shahrir bin Abdul Hadi, Penyelia ICT di talian 019-5759203.
Sekian harap maklum.

Thursday 8 March 2012

MASALAH BERKAITAN SAPS DAN 1BESTARINET

Semua Setiausaha Peperiksaan Dalaman Negeri Perak
Sejak akhir-akhir ini Unit Pengurusan Maklumat menerima banyak panggilan telefon dari sekolah terutama sekolah-sekolah Daerah Manjung berkaitan masalah SAPS. Untuk makluman semua, Unit Pengurusan Maklumat tidak menerima apa-apa arahan atau surat berkaitan pelaksanaan SAPS dari Unit NKRA, KPM. Untuk itu perlu diiulangi, sekiranya terdapat masalah atau pertanyaan sila ambil tindakan berikut;

1. Masalah berkaitan SAPS - Kemasukan Data Murid dan Markah
Sila hubungi Pegawai Meja SAPS PPD masing-masing iaitu Penolong PPD Teknik dan Vokasional. Semua Pegawai Meja PPD pula hendaklah memanjangkan sebarang pertanyaan kepada Pegawai Meja SAPS di JPN (Rujuk Pen. Pengarah ICT Akademik atau Pen. Pengarah Teknik dan Vokasional, Sektor Pengurusan Akademik).

2. Masalah berkaitan kemudahan Internet Sekolah (1BestariNet atau TM SchoolBroadband)
Sila hubungi Pegawai Meja PPD masing-masing iaitu Penolong PPD/Penyelia ICT. Sekolah juga boleh menghubungi PKG masing-masing untuk mengetahui status pelaksanaan 1BestariNet.

Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusn Maklumat (ICT), JPN Perak

PANDUAN 'LOG IN' APLIKASI e-OPERASI

UNTUK MAKLUMAN SEMUA GURU
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Berikut adalah beberapa penyelesaian bagi guru yang menghadapai masalah untuk ‘log in’ ke sistem e-OPERASI dan e-GTUKAR:

  1.  Kedua-dua aplikasi menggunakan kata laluan yang sama.
  2. Kata laluan hanya perlu dibuat sekali sahaja dan tidak kira anda berada di sekolah mana.
  3. Sistem tidak menerima kata laluan baru, sekiranya sebelum ini anda sudah pun mempunyai kata laluan.
  4. Jika anda terlupa kata laluan, sila hubungi pegawai data e-Operasi di PPD masing-masing.
  5. Jika gagal mendaftar masuk disebabkan maklumat tiada di pangkalan data, sila semak No. KP dan No. Gaji di dalam sistem melalui bantuan Pengetua/Guru Besar/mana-mana Penolong Kanan.
  6. Jika nama anda berada di sekolah yang bukan sepatutnya, sila maklumkan kepada Penolong Kanan untuk dipanjangkan ke Pegawai Data PPD supaya perubahan sekolah boleh dibuat.
  7. Sila kemaskini maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat sejarah perkhidmatan.  Maklumat Ikhtisas dan Maklumat Perkhidmatan boleh dikemaskini melalui Penolong Kanan.
  8. Maklumat Perkhidmatan dan Ikhtisas mestilah tepat untuk membolehkan tuan membuat permohonan pertukaran melalui aplikasi e-GTukar.

Terima kasih di atas kerjasama tuan/puan mengemaskinikan maklumat masing-masing dan dengan ini dapat membantu kelancaran proses penempatan dan pertukaran guru.
Sekian dimaklumkan.

Sektor Pengrusan sekolah,
Jabatan Pelajaran Perak.

Wednesday 7 March 2012

MAKLUMAN PELAKSANAAN SARINGAN KHAS KOHORT 1 MURID-MURID TAHUN 3 2012

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak
Tuan,

Maklumat mengenai Saringan Khas Tahun 3 telah dimuat naik ke dalam blog LINUS PPD Hilir Perak. Harap ambil tindakan.
 

PROFIL MURID LEPASAN STPM 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Semua Pengetua
Sekolah yang mempunyai tingkatan Enam  SAHAJA

Dalam Mesyuarat Pengisian Remaja Lepasan STPM bil 1/2012  pada 23 Feb 2012 yang di pengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ( Operasi ), telah memutuskan bahawa BPSH perlu menyelaras profil murid lepasan STPM Tahun 2011 bagi tujuan menyediakan latihan /kursus yang bersesuaian mengikut minat murid untuk mengisi masa senggang sebelum melanjutkan pelajaran atau memasuki alam pekerjaan. Bersama ini dilampirkan surat tersebut untuk perhatian dan tindakan tuan.

Pihak tuan dipohon mengambil tindakan segera terhadap Profil Murid dan Borang Maklumat yang boleh dimuat turun di sini.  Rumusan Profil Murid Lepasan STPM 2011 hendaklah dipanjangkan kepada Penolong Pegawai Hal Ehwal Murid / Penolong Pegawai Bimbingan Kaunseling Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing pada atau sebelum 7 Mac 2012.
Bersama ini juga dilampirkan tatacara untuk tindakan tuan.
Dari
Unit Bimbingan dan Kaunseling JPN Perak.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Kamal bin Abdul Rahman (Penolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya, Menengah) di talian 0126731814.

Jemputan Ke Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak
Tuan,
Dijemput ke perasmian pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak 2012 seperti maklumat di bawah:
                        Tarikh : 8 Mac 2012.                        
Hari : Khamis.
Masa: 8.00 pagi.
Tempat: Stadium Sabak Bernam.
Perasmian: Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak
Masa Perasmian: 8.30 pagi.
tuan dan PK kokurikulum dijemput untuk menyaksikan kejohanan tersebut dan  menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan. Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai. Klik DI SINI untuk melihat surat siaran PPD.
Sekian, terima kasih.

PERTANDINGAN BAHASA INGGERIS "HSE WEEK 2012" UTP

Pengetua
Sekolah-Sekolah Negeri Perak
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera,
Universiti Teknologi PETRONAS akan mengadakan 'Health, Safety and Environment Week 2012' yang akan berlangsung pada 28 Mac 2012 hingga 4 April 2012. Pelbagai acara dan pertandingan akan berlangsung sepanjang tarikh tersebut antaranya ialah; Pertandingan Debat Bahasa Inggeris(Inter-school Debate Competition). Pertandingan debat ini melibatkan sekolah-sekolah di sekitar Perak Darul Ridzuan (MRSM & SBP) bagi menyertai pertandingan ini. DI SINI, kami sertakan Surat Rasmi Kebenaran Menjemput Sekolah-Sekolah Untuk Pertandingan Deabat Bahasa Inggeris Sempena 'HSE Week 2012'.

BORANG MAKLUMAT KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Hilir Perak.
Tuan,

Sila muat turun borang maklumat Ketua Panitia Bahasa Malaysia DI SINI dan lengkapkan borang tersebut.  Sila namakan semula borang maklumat tersebut mengikut nama sekolah tuan dan emailkan kembali borang tersebut kepada edamannas@yahoo.com sebelum atau pada 13 Mac 2012.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Norshamsiah Binti Hassan Basri, Penolong PPD Kurikulum (Bahasa)  di talian 0124340753.
Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
 

MESYUARAT KURIKULUM 2/2012

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.
Tuan,
Sila muat turun bahan-bahan Mesyuarat Kurikulum Bil 2 yang bertarikh 22 Februari 2012 DI SINI.

Saturday 3 March 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN GERAN KELAB GURU

Pengerusi Kelab Guru
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Hilir Perak
Melalui
Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Hilir Perak

Setiap sekolah dikehendaki menghantar Pengerusi Kelab guru sekolah masing-masing bagi menghadiri majlis tersebut seperti butiran di bawah:
                  Tarikh   : 9 Mac 2012 (Jumaat)
                  Masa     : 3.00 petang
                  Tempat : Dewan Alamanda, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urus setia majlis (Hj. Amir Bin Kamarudin) di talian 0195521135. Lihat surat siaran DI SINI.